awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua cedera kereta terbabas di plaza tol

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2023
03:10 MYT
Dua maut, dua cedera kereta terbabas di plaza tol
Kereta mangsa terbabas di Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki maut manakala dua lagi lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas di Plaza Tol Lima Kedai di sini, awal pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 4.36 pagi.
"Seramai 14 anggota dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Iskandar Puteri serta BBP Skudai telah dihantar ke tempat kejadian.
"Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terbabas. Tiada mangsa yang tersepit.
"Pihak bomba bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas 'rescue tools' untuk membuka pintu dan mengeluarkan kesemua mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kereta di Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kereta di Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Beliau berkata, pemandu yang masih belum dikenal pasti identitinya dan seorang penumpang di bahagian belakang, E Thiban, 25 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua lagi mangsa, katanya, R Shantihasheelan dan R Kohlilan, mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pegawai perubatan.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ronnie menambah, operasi menyelamat mangsa selesai pada jam 6.10 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tol
#kereta terbabas di plaza tol
#Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan