Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai akibat sebatang jambatan runtuh di Serdang, Bandar Baharu malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10.15 malam apabila mangsa yang melalui kawasan terbabit terjatuh ketika jambatan tersebut runtuh.



Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang jatuh ke dalam sungai apabila jambatan runtuh. Foto ihsan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso, anggota polis dan pihak bomba bertindak mencari mangsa sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Pasukan keselamatan kemudian menemui motosikal dan topi keledar di tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa.

Pasukan penyelamat menjalankan tugas dalam kejadian malam tadi. Foto ihsan polis