awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai

Bernama
Bernama
24/04/2024
21:15 MYT
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kemalangan maut terjadi di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, semalam, melibatkan sebuah kereta jenis Honda yang terbabas dan terbalik. - Foto JBPM Kelantan
KUALA KRAI: Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, semalam.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Khairul Duha Abd Halim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.44 petang dan mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi kemalangan.
"Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kereta jenis Honda terbabas dan terbalik dengan mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan itu manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita tercampak keluar dari kereta," katanya dalam kenyataan.
"Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Foto JBPM Kelantan
Foto JBPM Kelantan
Foto JBPM Kelantan
Foto JBPM Kelantan
Foto JBPM Kelantan
Foto JBPM Kelantan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Krai
#kemalangan maut
#kereta terbabas
#Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan