awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan di Cheras

Bernama
Bernama
24/10/2022
04:40 MYT
Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan di Cheras
Kelima-lima mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada jam 7.06 pagi. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT) berhampiran Eco Cheras Mall di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizuan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
Beliau berkata kelima-lima mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada jam 7.06 pagi.
"Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala tiga lagi cedera serta berada dalam keadaan separuh sedar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menerima rawatan sementara mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Identiti kesemua mangsa serta punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#MRT
#Eco Cheras Mall
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan