awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing

Bernama
Bernama
10/03/2024
10:23 MYT
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang. - Foto: IPD Kuantan
KUANTAN: Dua nelayan dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah, di sini selepas keluar memancing ikan di laut, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, yang kedua-duanya beralamat di Beserah, di sini pada 11.52 pagi tadi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima kedua-dua lelaki berkenaan telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Katanya kedua-dua mangsa dipercayai kali terakhir dilihat sedang memancing di lokasi kira-kira 47 kilometer dari kawasan pantai oleh rakan mereka yang ketika itu dalam perjalanan hendak balik ke jeti sekitar 3 petang.
"Mengikut maklumat yang diterima, terdapat lapan bot yang keluar memancing dan memukat ikan namun kesemuanya telah balik ke jeti melainkan bot mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata pihaknya dimaklumkan kedua-dua lelaki itu membawa alat sistem pengesan global (GPS) dan jaket keselamatan bersama namun telefon bimbit tidak dibawa.
Beliau berkata usaha mencari nelayan berkenaan turut dijalankan sekitar 7.30 pagi ini oleh rakan mereka di lokasi mangsa dikatakan memancing semalam, tetapi gagal dikesan kerana laut bergelombang.
Katanya operasi mencari dan menyelamat kedua-dua lelaki itu sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#kampung baru beserah
#memancing ikan
#polis
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan