awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah

Bernama
Bernama
26/07/2024
09:39 MYT
Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah
Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di Teluk Intan hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas. - Foto Bernama
TELUK INTAN: Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas.
Budi Heriansyah, 42, dan Jasli, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ia terletak bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa mengedar 10.61 kg dadah jenis methamphetamine di kawasan jeti nelayan Kampung Bagan Sungai Tiang dalam daerah Bagan Datuk pada pukul 10 malam 15 Julai lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan dibenarkan terhadap mereka dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Sept ini untuk laporan kimia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan warga Indonesia
#didakwa mengedar dadah
#Bagan Datuk
#dadah jenis methamphetamine
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan