BUKIT MERTAJAM: Dua pasangan suami isteri yang aktif mengedar dadah di Pulau Pinang antara enam individu ditahan polis dalam tiga serbuan di Juru, Simpang Ampat dan Butterworth pada Khamis dan Sabtu lepas.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai hampir RM86,768.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, sindiket pengedaran dadah berkenaan berjaya dibongkar selepas polis menahan dua lelaki di tepi jalan di Juru dan merampas 4,524 gram heroin dalam kereta dinaiki suspek.
Menurut beliau, tangkapan seterusnya dibuat ke atas seorang lelaki di tempat mencuci kereta di Juru selepas polis menemui dadah syabu seberat 228 gram di dalam beg galasnya.
Polis kemudian membawa suspek ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Simpang Ampat dan menahan isterinya yang juga seorang guru tadika swasta, selepas menemui 758 gram dadah di dalam rumah berkenaan.
Hasil siasatan lanjut, Mustafa Kamal berkata, polis turut menyerbu sebuah lagi pangsapuri yang dijadikan tempat memproses dadah di Butterworth dan menahan sepasang suami isteri lagi.
“Hasil siasatan lanjut, pada 24 Julai bertempat di sebuah pangsapuri di Butterworth, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara telah menangkap seorang perempuan dan seorang lelaki masing-masing berusia 37 tahun dan merampas 91 gram dadah herion bernilai RM1,011. 01, peralatan dan bahan bahan kimia disyaki untuk memproses herion serta wang tunai RM1, 250,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Isnin.
Mustafa Kamal berkata, sindiket pengedaran itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan mengedar dadah di sekitar negeri itu khususnya di Seberang Perai.
“Sindiket ini menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Juru, Perai, Seberang Jaya dan Butterworth sejak awal tahun 2021.
“Mereka memperoleh bekalan dadah di Pulau Pinang dan Kedah, mereka juga membeli dadah herion dengan harga RM2,700 bagi 1 pound (453.92 gram) dan menjualnya dengan harga RM3,400 dan mengaut keuntungan sebanyak RM700 bagi setiap 1 pound dadah herion yang dijual,” ujar beliau lagi.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah motosikal, tiga buah kereta dan wang tunai dengan nilai sitaan berjumlah RM162,250.
Hasil ujian saringan air kencing ke atas empat suspek lelaki masing-masing berusia 30 hingga 40 tahun pula positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau.
Manakala ujian saringan air kencing ke atas dua wanita berusia 27 tahun dan 37 tahun pula negatif dan tiada rekod jenayah.
Kesemua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 26 2021
Mustafa Kamal Gani Abdullah (kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan rampasan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Isnin.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dua pasangan suami isteri aktif edar dadah di Pulau Pinang diberkas
Mereka merupakan antara enam individu ditahan polis dalam tiga serbuan di Juru, Simpang Ampat dan Butterworth pada Khamis dan Sabtu lepas.