awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: Tarif jadi alat utama dasar luar AS, ketidaktentuan global meningkat
WEF2026: AI tiada guna kalau tidak disebar kepada semua lapisan masyarakat - Satya Nadella
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja ladang maut dihempap Hilux terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2025
07:30 MYT
Dua pekerja ladang maut dihempap Hilux terbalik
Mayat dua mangsa yang maut dihempap Hilux terbalik berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian
LIPIS: Dua pekerja ladang warga Bangladesh maut selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di jalan kawasan Ladang Agropolitan Gahai, Kampung Tanjung Gahai di sini pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Dua pekerja ladang warga Bangladesh maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan terbalik di Ladang Agropolitan Gahai, Lipis; pemandu tempatan dan empat penumpang lain terselamat.
  • Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika kenderaan menuruni bukit dan hilang kawalan; mangsa tercampak dan dihempap kenderaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; polis minta saksi tampil bantu siasatan dan ingatkan pemandu supaya memandu berhemah.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Md Shamim Reza, 24, dan Tuhin Ali, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun bersama empat lagi penumpang warga Bangladesh terselamat.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu dalam perjalanan pulang dari ladang menuju ke rumah kongsi di Kampung Tanjung Gahai.
“Ketika tiba di lokasi kejadian yang berselekoh dan menuruni bukit, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik.
“Akibat kejadian, mangsa yang berada di bahagian belakang tercampak sebelum dihempap pacuan roda terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah selain memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan selamat digunakan,” katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja ladang maut
#dihempap Hilux
#lipis
#kenderaan pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan