awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja warga Bangladesh maut tertimbus di Hulu Langat

Bernama
Bernama
22/04/2017
04:12 MYT
Dua pekerja warga Bangladesh maut tertimbus di Hulu Langat
Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat pada kira-kira 2 pagi itu, turut menyebabkan seorang lagi pekerja patah kaki. - Gambar hiasan
Dua buruh binaan warga Bangladesh maut apabila tebing berhampiran rumah kongsi yang didiami mereka runtuh di Batu 12 Jalan Hulu Langat, awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Rana, 40, dan Masudrana, 22, terbunuh selepas tertimbus dalam tanah semasa sedang tidur dalam dua bilik berasingan di rumah kongsi itu.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ahmad Hisham Abdul Rahman berkata kejadian yang berpunca daripada hujan lebat pada kira-kira 2 pagi itu, turut menyebabkan seorang lagi pekerja patah kaki.
"Runtuhan tebing berkeluasan 18 meter persegi itu membabitkan empat mangsa di dua bilik dalam rumah kongsi itu. Dua mangsa selamat manakala dua lagi tertimbus.
"Mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh rakan mereka sebelum bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Ahmad Hisham berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.09 pagi sebelum sebuah jentera dengan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Hulu Langat
#meninggal dunia
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan