NATIONAL
Dua pelajar cedera, langgar tali tangsi layang-layang

Seorang pelajar mengalami cedera di bibir selepas didakwa melanggar tali tangsi layang-layang i Jalan Bandar Baru Merlimau Utara, di Melaka, pada petang Jumaat lalu. -Sinar Harian
JASIN: Dua pelajar perempuan Politeknik Merlimau di sini, terpaksa mendapatkan rawatan ke klinik selepas cedera terkena tali tangsi ketika menunggang motosikal di Jalan Bandar Baru Merlimau Utara, di sini, pada petang Jumaat lalu.
Ringkasan AI
- Dua pelajar Politeknik Merlimau cedera terkena tali tangsi layang-layang ketika menunggang motosikal di Jalan Bandar Baru Merlimau Utara.
- Kedua-dua mangsa mendapat rawatan di klinik berhampiran dan salah seorang telah membuat laporan polis.
- Orang ramai dinasihatkan mencari kawasan lapang untuk bermain layang-layang bagi mengelakkan kemalangan.
Menurutnya, susulan kejadian itu salah seorang daripada mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau.
"Pengadu telah mengalami cedera ringan iaitu luka di bahagian jari dan leher, manakala rakannya cedera di bahagian bibir dan tapak tangan.
"Kedua-dua mereka yang cedera telah mendapat rawatan di klinik berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Jelasnya, hasil siasatan awal, mendapati kejadian berlaku di Jalan Bandar Baru Merlimau, Kampung Merlimau Utara berhampiran Dataran Orang Kampung, tempat di mana layang-layang diterbangkan.
Ujarnya, orang ramai dinasihatkan mencari kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti riadah seperti ini sekali gus mengelak bermain berhampiran jalan raya, tiang elektrik atau tempat tinggi.
Terdahulu tular di media sosial, Facebook gambar pelajar yang cedera dipercayai tersangkut tali layang-layang ketika menunggang motosikal.
Bagaimanapun sehingga kini pemilik layang-layang tersebut masih belum dapat dikenal pasti. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami