awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2019
09:12 MYT
Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan
Ahli keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrul yang menunggu di Unit Forensik HKT selepas menerima berita kemalangan itu. - Foto Sinar Harian
Dua pelajar kolej maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah Nissan Navara di KM56.8 Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 3.35 pagi itu menyebabkan Ahmad Fakhrul Hariz Mohd Ghauth, 18 dari Taman Impiana Rompin, Pahang dan rakannya Muhammad Irfan Danial Mohd Saifuddin, 18 dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang itu dikatakan dalam perjalanan ke Bandar Penawar untuk memberi sokongan kepada rakan kolejnya yang menyertai Karnival Sukan KPM Bandar Penawar.
Ibu Ahmad Fakhrul, Norhayati Abdul Rahim, 53 berkata, dia dimaklumkan kejadian berkenaan oleh anaknya yang mengetahui kemalangan itu melalui Instagram rakan anak bongsunya itu.
Ahmad Fakhrul Hariz (kiri) dan Muhammad Irfan Danial. - Foto Sinar Harian
Ahmad Fakhrul Hariz (kiri) dan Muhammad Irfan Danial. - Foto Sinar Harian
Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan Ahmad Fakhrul pada malam tadi ketika itu Allahyarham bersama dua rakannya yang menaiki kenderaan sama baru hendak bertolak ke Bandar Penawar.
"Dia bersama rakannya pergi ke Bandar Penawar untuk melihat rakan kolejnya menyertai sukan di sana. Sebaik sahaja mendapat tahu kemalangan ini saya terus ke Kota Tinggi.
"Kali terakhir kami berjumpa pada Ahad lepas masa itu kami menziarahi dia di asramanya.
"Ketika itu dia tidak ada menunjukkan sebarang perubahan. Di kolej berkenaan Ahmad Fakhrul belajar dalam bidang perniagaan,"katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT), hari ini.
Norhayati (tengah) ketika menanti jenazah Ahmad Fakhrul di Unit Forensik HKT hari ini.  - Foto Sinar Harian
Norhayati (tengah) ketika menanti jenazah Ahmad Fakhrul di Unit Forensik HKT hari ini. - Foto Sinar Harian
Difahamkan seorang lagi rakan mangsa yang menaiki kenderaan sama kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa di bawa ke HKT untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Bandar Penawar
#Beranang
#Instagram
#kemalangan
#Kolej Profesional MARA
#KPM
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan