"Apa salah kami sehingga diperlakukan sebegini?"
Itu keluhan dua pelatih di sebuah pusat pemulihan akhlak swasta di Sungai Petani, Kedah yang mendakwa mengalami kecederaan selepas dipukul dengan batang paip, digari dan dikurung di dalam bilik ala lokap.
Dalam kejadian pada 29 November lalu, mangsa Muhammad Aizat Haizzat Haikal Hamdan, 18, dan rakannya Muhamad Hafizul Sharudin, 22, mendakwa mereka dipukul tiga warden ketika disoal siasat berhubung kejadian pelatih melarikan diri dari pusat pemulihan itu.
Malah, mangsa diarah mengaku terlibat dalam kemalangan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di situ.
Kesan daripada kejadian itu, mangsa mengalami trauma dan menerima tujuh jahitan akibat luka di kepala.
Sejak menghuni di pusat itu lima bulan lalu, mereka mendakwa kesemua pelatih tidak dibenar keluar dari pusat pemulihan berkenaan dan perlu mengikuti rawatan ala tentera.
Pelatih yang melanggar peraturan akan dipukul, dirotan atau dikurung selama beberapa bulan, dakwa mereka lagi.
Sementara itu, ibu kepada Muhammad Aizat, Rohana Abdul Rashid, 40, berkata beliau berasa pelik dengan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan anak mereka menghubungi ahli keluarga dalam tempoh empat bulan pertama biarpun terpaksa membayar yuran pendaftaran yang tinggi iaitu sebanyak RM3,300 serta yuran bulanan sebanyak RM650 setiap bulan.
Tidak tahan dengan perlakuan itu, kedua-dua waris remaja terbabit mengambil keputusan mengeluarkan anak mereka dari pusat pemulihan akhlak terbabit biarpun dihalang pihak asrama.
"Bila dah terbongkar cerita ini, rupa-rupanya layanan adalah sebaliknya. Memang teruk, terkejut sangat dengan apa yang berlaku. Tak sangka kehidupan anak saya macam dalam neraka," kata Rohana yang membuat dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan menerima laporan dan susulan aduan, tiga lelaki dipercayai warden di pusat pemulihan akhlak swasta berkenaan direman bagi membantu siasatan kes dera tersebut.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata mereka ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa yang mendakwa berlaku kekerasan sepanjang berada di pusat berkenaan.
Kesemua supek direman hingga 5 Disember bagi membantu siatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 04 2018
Gambar kecederaan yang dialami pelatih di pusat pemulihan itu. -Foto Astro AWANI
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Dua pelatih dakwa dibelasah warden
Mangsa mendakwa mereka dipukul tiga warden ketika disoal siasat berhubung kejadian pelatih melarikan diri dari pusat jagaan itu.