awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemilik syarikat ditahan SPRM, tipu dokumen projek RM6 juta

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2020
04:36 MYT
Dua pemilik syarikat ditahan SPRM, tipu dokumen projek RM6 juta
Dua pemilik syarikat ditahan SPRM cuba tipu dokumen untuk mohon projek. - Gambar Fail/Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Isnin menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu.
Menurut sumber, tindakan dua pemilik berkenaan dipercayai bagi mendapatkan kontrak pembekalan bernilai lebih RM6 juta antara tahun 2017 dan 2018.
"Kedua-dua pemilik syarikat yang berusia 35 dan 36 tahun tersebut masing-masing ditahan pada pukul 10.10 pagi dan 11.10 pagi di Pejabat SPRM Sabah," kata sumber berkenaan pada Astro AWANI pada Selasa.
Tambah sumber berkenaan, dua individu berkenaan didapati telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Dokumen itu untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan makanan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)/Briged Pasukan Gerakan Am bagi kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.
"Kedua-dua individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu
#PDRM
#Pengarah SPRM Sabah
#S Karunanithy
#Sabah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan