awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penalti bantu UAE atasi Hong Kong 3-1

Bernama
Bernama
14/01/2024
21:10 MYT
Dua penalti bantu UAE atasi Hong Kong 3-1
Antara aksi menarik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C kempen Piala Asia 2023 antara UAE dan Hong Kong di Stadium Antarabangsa Khalifa, Bandar Al Rayyan, malam tadi. - Facebook AFC Asian Cup
DOHA: Emiriah Arab Bersatu (UAE) memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Hong Kong 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C, malam tadi.
Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa di Bandar Al Rayyan, naib juara edisi 1996 itu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sultan Adill Alamiri pada minit ke-34.
Bagaimanapun, Hong Kong bangkit menyamakan kedudukan selepas empat minit babak kedua bermula, menerusi pemain tengah Philip Chan Siu Kwan.
Tersentak dengan gol penyamaan itu, UAE pantas memberikan respons menerusi rembatan deras pertahanan Zayed Sultan yang singgah ke dalam gawang lawan menewaskan Yapp Hung Fai pada minit ke-52.
UAE yang mara ke separuh akhir pada edisi lepas, dihadiahkan penalti kedua pada masa kecederaan yang disempurnakan pemain sayap Yahya Al Ghassani sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.
Terdahulu, jaringan kedua Hong Kong oleh penyerang Michael Udebuluzor pada masa kecederaan babak kedua dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).
UAE akan berdepan Palestin pada 18 Jan manakala Hong Kong akan bertemu Iran sehari selepas itu.
-- BERNAMA
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#UAE
#Hong Kong
#Piala Asia 2023
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan