awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pendaki hilang di Gunung Suku dihanyut arus deras selepas ditimpa kepala air

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2022
10:13 MYT
Dua pendaki hilang di Gunung Suku dihanyut arus deras selepas ditimpa kepala air
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama-sama 27 pendaki lain ditimpa kepala air semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Dua wanita yang hilang ketika mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, pagi tadi, dihanyutkan arus deras selepas ditimpa kepala air.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama-sama 27 pendaki lain ditimpa kepala air semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit.
Menurutnya, semasa kejadian kira-kira jam 5 pagi, sekumpulan 29 pendaki gunung itu telah terdengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung, lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.
“Namun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua orang pendaki gunung wanita berbangsa Cina berumur 32 dan 46 tahun, berasal dari Cheras dan Klang, telah dihanyutkan oleh arus deras,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.
BACA: Dua wanita daki Gunung Suku hilang
BACA: Operasi mencari dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku diperluas
Menurut beliau, tempat kejadian adalah di Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku, terletak lebih kurang 3 jam perjalanan kaki dari jalan utama, lebih kurang 32 kilometer atau 40 minit perjalanan kereta dari Balai Polis Simpang Pulai, Ipoh.
Terdahulu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, operasi mencari dan menyelamat dua pendaki itu diperluaskan lima kilometer radius dari lokasi mereka dipercayai hilang.
Identiti kedua-dua wanita itu juga telah dikenal pasti sebagai See Du Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46.
Topic Berkaitan
#pendaki wanita
#hilang
#Gunung Suku
#Jalan Simpang Pulai
#Cameron Highlands
#polis perak
#kepala air
#hanyut
#See Du Yen
#Ng Yee Chew
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan