MALAYSIA
Dua pengarah firma pelaburan dipenjara gagal patuhi injunksi Mareva

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara selama dua bulan bermula hari ini, bagi memberi masa kepada pasangan itu mematuhi sepenuhnya perintah Mareva yang dikeluarkan pada 5 Sept 2024. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 hari ke atas dua pengarah firma pelaburan Alpha Capital (M) Bhd kerana menghina mahkamah selepas gagal mematuhi injunksi Mareva yang dikeluarkan dalam saman sivil membabitkan pelanggaran kontrak.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 20 hari dan denda RM10,000 setiap seorang ke atas Syed Mahadzir Fadaak dan Erna Elliyana Rosli kerana menghina mahkamah selepas gagal mematuhi injunksi Mareva dalam kes saman sivil pelaburan.
- Hukuman penjara ditangguhkan selama dua bulan bagi memberi peluang kepada mereka mematuhi perintah mahkamah, yang melibatkan larangan melupuskan aset dalam tuntutan berjumlah RM19.8 juta oleh 64 pelabur.
- Mahkamah menegaskan bahawa kegagalan mematuhi perintah dan penyembunyian maklumat penting memerlukan tindakan tegas, manakala pasangan tersebut mendakwa tidak memahami sepenuhnya injunksi dan menghadapi kekangan kewangan akibat akaun dibekukan.
"...mahkamah tidak yakin bahawa denda itu mencukupi untuk sekatan yang adil. Penyembunyian besar maklumat penting, kegagalan untuk mematuhi dalam tempoh yang panjang serta sifat kerahsiaan yang dirancang menuntut respons yang tegas," kata Yusrin ketika menyampaikan keputusannya.
Selain penjara, mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya membayar denda RM10,000 setiap seorang dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal mereka akan berdepan tambahan tujuh hari penjara.
Sebelum ini, mahkamah mendapati Syed Mahadzir Fadaak dan Erna Elliyana bersalah kerana menghina mahkamah susulan gagal mematuhi injunksi Mareva yang difailkan pelabur pada September tahun lepas.
Keputusan hari ini susulan permohonan interlokutori dalam saman sivil difailkan 64 pelabur yang menyaman Alpha Capital kerana gagal membayar pulangan dividen bulanan melibatkan jumlah RM19,831,440.50.
Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dibuat dalam kes antara plaintif dan defendan.
Terdahulu, Syed Mahadzir Fadaak dan Erna Elliyana memohon maaf, mendakwa mereka tidak berniat untuk tidak menghormati mahkamah dan tidak memahami apa yang dipinta daripada injunksi tersebut.
"Audit kini sedang berjalan tetapi kami hanya memperoleh draf laporan audit kerana tidak mampu untuk membuat pembayaran kepada syarikat audit berikutan kesemua akaun bank kami telah dibekukan," kata Syed Mahadzir Fadaak.
Peguam Sachpreetraj Singh dan Simran Kaur mewakili 64 pelabur manakala kedua-dua mereka diwakili peguam Ganesh Magenthiran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami