awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengedar dadah ditahan bersama ganja bernilai RM158,658

Bernama
Bernama
14/05/2025
15:57 MYT
Dua pengedar dadah ditahan bersama ganja bernilai RM158,658
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas 51,180 gram(g) dadah dipercayai ganja bernilai RM158,658 di Perai, Sabtu lepas. - Foto hiasan
BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas 51,180 gram(g) dadah dipercayai ganja bernilai RM158,658 di Perai, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 59 tahun.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemukan 50 ketulan daun kering dibaluti plastik lutsinar disyaki ganja seberat 51,180g bernilai RM158,658," katanya dalam kenyataan malam ini.
Helmi berkata kedua-dua suspek negatif dadah dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dengan mereka kini direman selama tujuh hari hingga 17 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
Beliau berkata polis turut menyita dua kereta bernilai RM81,000 yang dipercayai dibeli hasil kegiatan menjual dadah.
"Kedua-dua lelaki itu kini direman selama tujuh hari hingga 17 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar dadah
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#ganja
#JSJN Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan