awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2026
23:10 MYT
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
Kawasan kediaman Muhyiddin menjadi tumpuan pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi tumpuan susulan perjumpaan khas yang berlangsung pada malam Ahad.
Antara pemimpin parti yang hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpagar serta berpengawal.
Difahamkan, pertemuan berkenaan turut diadakan bersempena menyambut kedatangan Ramadan.
Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijadualkan berlangsung di kediaman Muhyiddin pada Ahad.
Perjumpaan itu diadakan ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu dilihat semakin memuncak, khususnya susulan desakan dan ketegangan yang semakin ketara antara kem Presiden parti dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Ahmad Faizal Azumu
#Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan