awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penunggang motosikal maut

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2022
23:15 MYT
Dua penunggang motosikal maut
Keadaan lokasi kemalangan yang mengakibatkan dua penunggang motosikal maut. - Foto PDRM
SEREMBAN: Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat nahas di Jalan Rantau di sini berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 7.50 pagi itu melibatkan dua motosikal yang ditunggang dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 26 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang lelaki berumur 23 tahun sedang bergerak dari arah Kuala Sawah menuju ke arah Seremban.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berumur 26 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujar Nanda, akibat pelanggaran, kedua-dua penunggang itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan salah seorangnya juga parah di bahagian kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
"Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pengendalian bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Kampung Belangkan
#terbabas
#laluan bertentangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan