REMBAU: Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau maut, manakala seorang cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kundur- Pilin di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhammad Adib Roszaidi, 21, dan Muhammad Aiman Roslee, 21, maut, manakala Muhammad Faiz Ilham Abdul Jalal, 21, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke arah Pilin.
"Siasatan awal mendapati mangsa pertama (Muhammad Adib) yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kundur menghala ke Pilin.
"Namun sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar tiang TM (Telekom Malaysia) menyebabkannya jatuh dan melintang di atas jalan," katanya dalam kenyataan kepada media pada Ahad.
Menurutnya, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda dan dibonceng Muhammad Faiz Ilham yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas di tempat kejadian.
Hazri berkata, kemalangan itu menyebabkan Muhammad Adib dan Muhammad Aiman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut dan Muhammad Faiz Ilham yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
"Ketiga-tiga mangsa adalah penuntut semester lima di UiTM Kampus Rembau di sini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023
Keadaan motosikal mangsa yang melanggar tiang TM dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kundur-Pilin pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans
Dua pelajar UiTM maut kereta bertembung treler
Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 70, Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.