awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua PPS dibuka di Johor Bahru, tempatkan 136 mangsa banjir kilat

Bernama
Bernama
05/09/2021
06:08 MYT
Dua PPS dibuka di Johor Bahru, tempatkan 136 mangsa banjir kilat
Banjir kilat pada petang Sabtu menyebabkan penduduk di dua kawasan di Skudai dipindahkan ke PPS malam tadi. - Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seramai 136 orang daripada 62 keluarga di dua kawasan di Skudai, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian melibatkan penduduk Kampung Laut Batu 10 dan Lorong Aris Batu 8 1/2 itu pada kira-kira 7.30 malam.
"Sehubungan itu, 33 orang daripada 33 keluarga di Kampung Laut Batu 10 ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kuo Kuang manakala 103 orang daripada 29 keluarga di Lorong Aris Batu 8 1/2 ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, mulai 9 malam tadi," menurut kenyataan itu hari ini.
Jawatankuasa itu memaklumkan keadaan cuaca di kawasan terjejas adalah cerah ketika ini dan perkembangan kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, tiga PPS dibuka di Johor bermula Khamis lepas bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Johor Bahru dan Pontian.
Ketiga-tiga PPS tersebut ditutup secara berperingkat sejak Jumaat lepas hingga semalam selepas banjir kilat di dua daerah itu pulih namun bandar raya ini sekali lagi dilanda banjir kilat petang semalam yang menyebabkan penduduk di dua kawasan di Skudai itu dipindahkan ke PPS malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor
#PPS
#Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan