ALOR GAJAH: Keghairahan dua rakan membeli dua ekor kucing Parsi bernilai RM2,600 dengan menggunakan nota wang palsu membawa padah apabila mereka berjaya dicekup pasukan polis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek masing-masing seorang lelaki berusia 22 tahun dan rakannya seorang wanita berusia 24 tahun itu dicekup di Ipoh, Perak pada petang semalam.
“Pengadu yang merupakan pesara guru berusia 56 tahun pada awalnya membuat urusan jual beli kucing berkenaan kepada suspek melalui laman Facebook yang mana mereka telah membuat bayaran deposit sejumlah RM100 ke akaun bank.
“Mereka kemudian berjumpa di Plaza Tol Ayer Keroh pada Sabtu lepas dan pengadu menyerahkan kedua-dua ekor kucing berkenaan dan menerima baki bayaran RM 2,500 daripada suspek.
“Namun pada keesokannya pengadu mengesyaki wang tersebut adalah palsu ketika ingin membeli kucing lain di Skudai, Johor sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya pihaknya sedang menyiasat dari mana duit palsu itu diperolehi dan ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Jelasnya, ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira, dua ekor kucing Parsi serta sebuah mesin cetak berwarna.
“Setakat ini masih belum dapat dipastikan dari pada mana suspek dapat duit palsu itu, tetapi duit palsu berkenaan berkualiti rendah selain kedua-dua mereka positif dadah.
“Suspek wanita itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain status masih dikehendaki pihak polis,” tambahnya.
Katanya, kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 489b Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Dec 16 2021
Pengadu mengesyaki wang tersebut adalah palsu ketika ingin membeli kucing lain di Skudai, Johor sebelum tampil membuat laporan polis.- Gambar hiasan/Unsplash
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Semuanya bermula dengan seekor kucing bunting patah kaki digilis kereta
Seorang suri rumah, Noorfadzillah Daud tidak kisah membantu rakannya yang tidak 'menang tangan', menjagakan kucing jalanan milik rakannya itu kerana beliau sendiri memang sukakan haiwan comel itu.