NATIONAL
Dua rakan didakwa khianat guna api dan 'molotov cocktail’

Kok Wan Liang (kiri) dan Lin Jia He (kanan) didakwa atas lima pertuduhan bersama melakukan khianat menggunakan api dan membaling 'molotov cocktail' ke beberapa kediaman. - Foto Bernama
IPOH: Dua rakan didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan bersama melakukan khianat menggunakan api dan membaling 'molotov cocktail' ke beberapa kediaman pada Mac hingga April lepas.
Ringkasan AI
- Dua individu didakwa atas lima pertuduhan berkaitan khianat menggunakan api dan membaling 'molotov cocktail' ke beberapa kediaman.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Akta Kebajikan Haiwan 2015, dengan kemungkinan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Lin, manakala Kok yang mengaku bersalah tidak dibenarkan jaminan.
Selain itu, Lin juga didakwa atas satu pertuduhan lain melakukan perbuatan sama di lokasi yang sama pada 25 Mac lepas.
Bagi kesemua pertuduhan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad kemudian membenarkan jaminan RM5,000 setiap seorang bagi satu pertuduhan dengan seorang penjamin warganegara.
Di mahkamah berasingan, kedua-dua tertuduh turut didakwa atas tiga pertuduhan sama dengan maksud yang sama di dua kediaman dan menyebabkan kecederaan kepada seekor anjing peliharaan jenis Rottweiler.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Panorama Lapangan Perdana, Kinta dan Taman Bandar Baru, Kampar antara 3 petang hingga 12.30 tengah malam pada 2 hingga 8 April 2025.
Bagi kesalahan itu, mereka turut didakwa di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Hakim Azizah Ahmad tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap Kok yang mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan.
Beliau kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Lin yang mengaku tidak bersalah dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Vitthiyeswary dan N. M. Moganaraj Mithra manakala peguam R. R. Segaran mewakili Lin, bagaimanapun Kok tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami