awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan mengaku salah simpan 50 unit sumbu badak sumbu tanpa permit khas

Bernama
Bernama
21/03/2024
14:30 MYT
Dua rakan mengaku salah simpan 50 unit sumbu badak sumbu tanpa permit khas
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.
Mohamad Sukry Wahab, 29, dan Muhammad Hafiszan Naser, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama menyimpan tanpa permit khas 49 unit sumbu square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) dan satu unit sumbu black rhinoceros (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam lori di tepi jalan, bulatan masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.15 malam, 9 Sept 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 68(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan 24 April ini untuk fakta kes dan jatuh hukum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhilitan Cheras Wan Nur Muhammad Ehsan manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Aqeeb Lizalman dan Abdul Aziz Hamzah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua rakan
#mengaku bersalah
#sumbu badak sumbu
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan