Dua remaja maut selepas dipercayai terperangkap dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Utama Kampung Indah, Banting, Selangor pagi tadi.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mangsa yang maut melibatkan dua remaja perempuan berusia 13 dan 16 tahun.
Mangsa dikenali Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16 dan Nur Ain Sumayyah Mohd Fakrul Khair, 13.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 2.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.03 pagi.
Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran melibatkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan KLIA.
Kebakaran turut memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.
Lapor Bernama, ketika kejadian ibu bapa dua adik beradik itu dikatakan berada di Pelabuhan Klang kerana membantu menyediakan makanan kepada anggota bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor Nur berkata Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16 tahun dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13 tahun dipercayai terperangkap ketika api menjilat rumah mereka pada 2.48 pagi.
"Mayat mereka ditemukan dalam bilik oleh anggota bomba dan penyelamat setelah kebakaran dipadamkan sepenuhnya" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Hafisham pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada kira-kira pukul 2.48 pagi dan dua jentera bomba masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan KLIA bersama 17 anggota digegaskan ke tempat kejadian dan tiba 15 minit kemudian.
"Ketika sampai api sedang marak membakar rumah yang diperbuat daripada papan itu dan pasukan kami bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran dua minit kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya selepas 10 minit," katanya.
Hafisham punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dua adik beradik itu dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya.
Astro Awani
Sat Jul 13 2019
Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran melibatkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan KLIA. - Foto JBPM
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.
Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.
Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.
Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.
Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.
Mayat lelaki rentung ditemukan dalam kediaman terbakar di Kanchong Darat
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung dI sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, malam ini.