MELAKA TENGAH: Dua remaja termasuk seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 pagi itu, mangsa Khairul Nizam Sham, 18, dan Muhammad Amirul Hadi Norizan, 15 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kedua-dua mangsa yang masing-masing datang dari arah bertentangan telah bertembung sebelum terjatuh.
“Kejadian itu berlaku apabila Khairul Nizam yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y-15 sedang dalam perjalanan dari arah Tanjung Beruas ke Tangga Batu manakala mangsa kedua yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dari arah bertentangan.
“Kedua-dua mangsa kemudian bertembung sesama sendiri dan sebelum terjatuh dan disahkan maut di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa Unit Forensik, Hospital Melaka untuk proses bedah siasat manakala kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya pihaknya juga sedang menyiasat sama ada berlaku aktiviti lumba haram sehingga menyebabkan kemalangan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Nov 06 2022

Kedua-dua mangsa kemudian bertembung sesama sendiri dan sebelum terjatuh dan disahkan maut di lokasi berkenaan. - Foto PDRM

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Remaja perempuan 14 tahun maut dihempap pokok
Seorang remaja perempuan yang cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Balok Baru di sini petang Khamis, disahkan meninggal dunia malam ini.

Serangan gajah liar: Abang cerita detik pilu mangsa disepak seperti bola
Borhan berkata, dia lari ke arah sebuah bukit, manakala rakannya memanjat pokok untuk menyelamatkan diri.

Remaja maut, motosikal langgar kerbau
Pelajar lelaki berusia 16 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Dua remaja maut motosikal rempuh lori rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian 11.30 malam itu, penunggang dan pembonceng berusia 18 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Remaja maut, rakan parah motosikal dinaiki rempuh treler
Mangsa tidak nampak treler yang berhenti di lorong kecemasan lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Piala Dunia Qatar: Remaja maut dilanggar ketika rai kemenangan Perancis
Seorang pemandu kereta melanggar seorang remaja lelaki sehingga menyebabkan kematian ketika orang ramai sedang meraikan kemenangan pasukan Perancis yang berjaya menundukkan pasukan Maghribi.

Dua remaja maut motosikal bertembung awal pagi
Dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.

2 remaja maut motosikal bergesel ketika lumba haram
Dua remaja lelaki maut ketika berlumba haram selepas motosikal mereka bergesel di Kilometer 111.3, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala Selatan di sini, awal pagi Isnin.

Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.

Remaja jatuh sungai ketika kutip bola ditemukan lemas
Mangsa yang berusia 13 tahun ditemukan sekitar dua kilometer dari lokasi dia terjatuh.