Dua buah sekolah yang terletak berhampiran dengan kebakaran hutan di Gelang Patah dekat sini, dinasihatkan terus tutup sehingga keadaan kebakaran bertambah pulih.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon berkata sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang telah diarah tutup selama dua hari sehingga hari ini.
"Dua buah sekolah itu diarah tutup (sebelum ini) sehingga keadaan menjadi pulih. Saya percaya Jabatan Pendidikan Negeri akan memberi penerangan seterusnya bila dua buah sekolah ini boleh dibuka semula," katanya pada sidang media di Balai Raya Tanjung Adang, yang menjadi pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di sini, hari ini.
Berdasarkan tinjauan semalam, beliau berkata keadaan kebakaran dilihat masih kritikal.
Beliau juga berkata, ini berdasarkan titah Pemangku Raja Johor yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, yang mahukan kedua-dua buah sekolah itu ditutup berikutan terletak berdekatan dengan kawasan kebakaran berkenaan, yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan pelajar, guru dan pegawai sekolah berkenaan.
Menurut Tan, 70 peratus daripada 16 hektar hutan yang terbakar dapat dipadamkan, masuk hari ketujuh kejadian hari ini.
Sementara itu, Ketua Zon 1 JBPM Johor Mohamad Faizul Selamat berkata teknik "banjir sepenuhnya" akan digunakan dengan fokus kepada baki 30 peratus kawasan yang masih terbakar.
Semburan langsung juga akan digunakan selain fire break (iaitu mewujudkan parit berair bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain) yang telahpun digunakan sepanjang tempoh operasi pemadaman kebakaran hutan itu.
"Dua hari lepas hujan hanya gerimis, macam hari ini ada hujan lebat, kalau hujan berterusan selama tiga jam dan seterusnya, boleh membantu dalam operasi pemadaman," kata beliau.
Sehingga kini, 140 anggota dan 30 aset JBPM digunakan dalam operasi pemadaman selain dibantu agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor.
Terdahulu, Tan mengiringi Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang melawat bilik operasi JBPM serta kawasan kejadian yang terletak bersebelahan SMK Tanjung Adang.
Bernama
Tue Aug 27 2019
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.