awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek dera kanak-kanak OKU direman seminggu mulai hari ini

Bernama
Bernama
21/10/2016
05:47 MYT
Dua suspek dera kanak-kanak OKU direman seminggu mulai hari ini
Ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Endau, Mersing pada 4 petang semalam, selepas laporan bedah siasat kanak-kanak itu mendapati ada unsur penderaan. - Gambar fail
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap dua suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) di Bukit Tekedai dekat Endau, Mersing, Rabu.
Perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 27 Okt, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Faridatul Farrah Mohd Shukri.
Ia bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dilakukan ke atas ibu kandung dan abang kepada bapa tiri kanak-kanak berusia 11 tahun itu.
Semalam, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, turut direman di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
Perintah reman terhadapnya juga berkuat kuasa selama seminggu sehingga 26 Okt.
Ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Endau, Mersing pada 4 petang semalam, selepas laporan bedah siasat kanak-kanak itu mendapati ada unsur penderaan.
Pada 19 Okt, Mohamad Roshamnudin Abdullah didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibu mangsa.
Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau selepas dibawa ke klinik tersebut.
Namun, siasatan awal di Klinik Kesihatan Endau mendapati badan mangsa mempunyai kesan melepuh seperti terkena benda panas dipercayai api rokok. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera
#Mahkamah Majistret
#Mersing
#Orang Kurang Upaya
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan