awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa

Bernama
Bernama
08/02/2026
20:45 MYT
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Golongan muda khususnya dapat menyaksikan dan mencuba langsung kaedah menggagau ikan menggunakan serkap atau tangan. - Gambar Bernama
KANGAR: Pertandingan menggagau belut dan ikan haruan dalam petak sawah berdekatan Dataran Kangar Jaya di sini, sempena Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 memberi peluang kepada generasi muda merasai sendiri aktiviti tradisional masyarakat desa yang semakin dilupakan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) merangkap urus setia pertandingan, Affendi Rajini Kanth berkata, pertandingan menggagau belut berlangsung Sabtu manakala hari ini melibatkan ikan haruan, yang mendapat penyertaan ramai.
Beliau berkata, peserta pertandingan dan pengunjung PAT Perlis 2026, terutama golongan muda masing-masing berpeluang merasai dan melihat sendiri suasana masyarakat kampung yang turun ke petak sawah untuk menggagau ikan dan belut menggunakan serkap atau tangan.
"Suasana itu kami cuba hidupkan semula dan Alhamdulillah sambutan memang meriah," katanya kepada Bernama selepas pertandingan menggagau ikan haruan yang berlangsung pada sebelah petang Ahad.
Edisi ke-14 PAT Perlis 2026 bermula pada 6 Feb anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JKKN dan Kerajaan Negeri Perlis bagi mempromosikan keunikan budaya serta warisan negeri selaras usaha menyokong kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Affendi berkata, penyertaan bagi pertandingan menggagau ikan haruan mencecah kira-kira 60 orang berbanding sekitar 50 peserta bagi acara mengagau belut semalam.
"Pemenang ditentukan berdasarkan berat tangkapan. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur tanpa kategori khas, selaras dengan matlamat penganjur untuk menghidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa," katanya.
Sementara itu, seorang peserta Ishak Mohd Saleh, 44, dari Kuala Perlis dekat sini berkata, dia menyertai kedua-dua pertandingan menggagau belut dan ikan haruan bersama tiga anak lelakinya berusia antara 13 hingga 19 tahun.
"Seronok sebab dapat bawa anak-anak rasa pengalaman macam orang dulu-dulu. Bukan selalu dapat masuk petak sawah macam ni, jadi ini memang kenangan manis untuk kami sekeluarga," katanya.
Bagi seorang pengunjung pesta Siti Nur Atiqah Nayan, 25, dari Jerlun, Kedah, suasana pertandingan itu turut menggamit nostalgia zaman kanak-kanaknya di kampung.
"Bila tengok orang ramai turun petak mengagau, rasa macam kembali ke zaman kecil dulu. Aktiviti macam ini unik dan sesuai sangat dimasukkan dalam pesta kebudayaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti tradisional
#sawah
#menggagau belut
#tahun melawat malaysia
#pelancongan
#Perlis
#pesta angin timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan