awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua tekong warga Indonesia didakwa seludup 11 pendatang tanpa izin

Bernama
Bernama
12/09/2023
09:59 MYT
Dua tekong warga Indonesia didakwa seludup 11 pendatang tanpa izin
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. - Gambar hiasan
MELAKA: Dua tekong warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 11 pendatang tanpa izin dari negara sama termasuk dua yang masih hilang, bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mohd Sabri turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dituduh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama telah menjalankan penyeludupan 11 imigran dan dalam melakukan kesalahan tersebut, telah menimbulkan risiko kematian terhadap kesemua imigran berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Indonesia di kawasan timur Melaka kira-kira 12 tengah hari pada 15 Ogos 2023.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 26B(C) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Media sebelum ini melaporkan 11 warga Indonesia termasuk dua tekong dan seorang wanita diselamatkan selepas ditemukan terapung di laut berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di Melaka apabila bot dinaiki mereka karam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tekong
#seludup
#pendatang tanpa izin
#Indonesia
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan