awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh kereta terjunam di Genting Highlands

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
17/08/2017
05:15 MYT
Dua terbunuh kereta terjunam di Genting Highlands
Dua terbunuh selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terhumban dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini, awal pagi tadi. -Astro AWANI/Noraniza Kamsani
Dua terbunuh selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terhumban dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 4.15 pagi itu menyebabkan mangsa Palanisamy Velayutham, 50, dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan warga China yang dikenali sebagai Ming Sanmao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor, hasil siasatan awal di tempat kejadian menunjukkan Palanisamy sedang memandu turun dari tingkat atas tempat letak kereta.
"Apabila sampai di tempat kejadian kawasan membelok ke kanan dipercayai pemandu hilang kawalan terus terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini dengan keadaan keempat-empat tayar ke atas," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Klinik Genting Highlands.
"Siasatan juga mendapati berlaku kecuaian di pihak pemandu yang dipercayai gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke bawah.
"Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#hotel genting highlands
#kereta terjunam
#Ming Sanmao
#Mohamad Mansor
#Palanisamy Velayutham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan