awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China kecam tindakan AS di Venezuela, gesa pembebasan Maduro
Di mana Nurul Nazla?
Kerjasama strategik JTDC-Alibaba lahir pakar reka bentuk AI Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan disyaki tipu wang sumbangan anak yatim

Bernama
Bernama
23/07/2020
22:58 MYT
Dua wanita ditahan disyaki tipu wang sumbangan anak yatim
Nik Ezanee berkata, seorang daripada suspek direman empat hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar fail
Polis menahan dua wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan menipu wang sumbangan untuk rumah anak yatim yang tidak wujud melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM500,000 dalam dua serbuan berasingan, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 34 dan 24 tahun itu ditahan di Kajang, Selangor dan Tanah Merah, Kelantan.
Katanya, kegiatan mereka terbongkar awal bulan ini selepas seorang lelaki berusia 72 tahun yang juga ahli perniagaan mendapati wang sumbangan dikatakan suspek untuk disalurkan kepada anak-anak yatim sejak tahun 2017 itu sebenarnya tidak wujud.
“Ahli perniagaan itu bersama-sama rakannya telah pergi ke lokasi dikatakan rumah anak-anak yatim di Tanah Merah, Kelantan, Simpang Empat, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak untuk melawat namun didapati semua penempatan itu tidak wujud,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Nik Ezanee berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan seorang daripada suspek direman empat hari manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak yatim
#Kajang
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#polis
#reman
#rumah anak yatim
#Tanah Merah
#tipu
#wang sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan