awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wartawan Australia tidak akan dihalang masuk ke Malaysia sebagai pelancong - Nur Jazlan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
15/03/2016
04:54 MYT
Dua wartawan Australia tidak akan dihalang masuk ke Malaysia sebagai pelancong - Nur Jazlan
NUR JAZLAN: Sekurang-kurangnya mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah salah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dua wartawan Australia yang ditahan kerana tindakan agresif ketika mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuching, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser, tidak akan dihalang masuk ke negara sebagai pelancong.
Namun sekiranya mereka didapati melanggar peraturan, tindakan sewajarnya akan diambil.
"Mereka telah melanggar undang-undang di mana mereka sepatutnya memohon permit kerja sekiranya ingin bertugas sebagai wartawan di Sarawak. Namun, itu adalah keputusan kerajaan negeri berkenaan.
"Kami tidak ada halangan untuk mereka masuk ke negara ini sebagai pelancong. Bagaimanapun, kami akan buat keputusan sekiranya mereka kembali. Sekurang-kurangnya mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah salah," katanya ketika mengulas mengenai tindakan menghantar pulang kedua-dua wartawan itu.
Ditanya sama ada mereka akan disenarai hitam untuk memasuki Sarawak katanya: "Undang-undang imigresen Sarawak adalah tertakluk kepada kerajaan negeri berkenaan. Itu terletak pada keputusan kerajaan negeri Sarawak."
Levent dan Besser ditahan pada Sabtu lalu, selepas merempuh kawalan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri yang ketika itu sedang melawat sebuah masjid di Kuching.
Mereka dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan, dan keduanya disiasat kerana menganggu pelaksanaan tugas oleh kakitangan kerajaan, di bawah seksyen 186 Kanun Jenayah.
Topic Berkaitan
#kawalan keselamatan
#Levent dan Besser
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#wartawan Australia rempuh kawalan keselamatan
#wartawan ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan