awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duda didenda RM5,000 cederakan anak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/01/2021
05:07 MYT
Duda didenda RM5,000 cederakan anak
Mohd Jamal Azrul Mohd Zainuddin didakwa mencederakan anak lelakinya berusia 10 tahun hujung tahun lepas. - Astro AWANI
TAIPING:Seorang duda didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping, Perak pada Selasa selepas mengaku bersalah mencederakan anak lelakinya yang berusia 10 tahun, hujung tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Jamal Azrul Mohd Zainuddin, 35, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.
Hakim turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda.
Bapa tiga anak itu yang bekerja sebagai tukang paip didakwa menyebabkan kecederaan fizikal di dahi, lengan kiri dan belakang badan anaknya di rumah bekas isterinya di Kampung Aman, Pokok Assam, Taiping kira-kira jam 1 tengahari, 27 Disember lalu.
Dia didakwa di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#cedera
#duda
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan