awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/01/2026
01:10 MYT
Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran
Menurut Sadrah, dia menyedari api bermula di tingkat atas rumah selepas terhidu bau asap dan hanya sempat menjerit memanggil suami dan anaknya untuk segera keluar menyelamatkan diri. - Gambar Astro AWANI
KUALA KEDAH: Seorang peniaga kedai runcit kerugian lebih RM35,000 selepas wang tunai untuk modal pusingan dijilat api dalam kebakaran melibatkan sebuah kedai dan dua buah rumah di Jalan Kilang Baja, Kampung Masjid Lama, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Sadrah Ismail, 59, dan suaminya, Bashirul Abdul, 62, serta anak bongsu mereka, Ahmad Adib Bashirul, 27, berada di tingkat bawah rumah dua tingkat itu.
Menurut Sadrah, dia menyedari api bermula di tingkat atas rumah selepas terhidu bau asap dan hanya sempat menjerit memanggil suami dan anaknya untuk segera keluar menyelamatkan diri.
Katanya, dia kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan sebelum mendapati rumah kakaknya yang terletak di belakang rumahnya disambar api.
“Duit saya RM35,000 semua habis terbakar. Saya ikat dalam plastik gantung dekat rak baju habis. Duit itu untuk pusingan modal kedai sekali barang kemas.
"Saya cuba nak selamatkan (wang dan barang kemas) tapi orang ramai tak bagi saya masuk ke dalam rumah sebab api merebak dengan cepat. Hanya Mykad sahaja yang ada pada saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sadrah yang tinggal sehelai sepinggang sedih melihat kedai runcit yang diusahakan sejak 25 tahun lalu musnah sekelip mata.
Sadrah yang tinggal sehelai sepinggang sedih melihat kedai runcit yang diusahakan sejak 25 tahun lalu musnah sekelip mata.
Katanya, turut musnah dalam kebakaran itu barangan kemas miliknya serta motosikal anaknya.
Sadrah, yang tinggal sehelai sepinggang sedih melihat kedai runcit yang diusahakan sejak 25 tahun lalu musnah sekelip mata namun bersyukur kerana mereka tiga beranak selamat.
Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah kedai runcit pada jam 8.08 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja dan dibantu pasukan BBP Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Katanya, tindakan pantas anggota berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.
“Pada waktu kejadian angin sebelah barat jadi kita sempat buat ‘fire break’ di sebelah barat dan juga pemadaman kita buat di sebelah timur jadi angin tu setelah pemadaman jadi angin itu stabil.
"Alhamdulillah dengan izin Allah dengan punca angin dan juga pengetahuan kita dari segi tentang pemadaman tu berjaya mengelakkan daripada merebak ke rumah-rumah berdekatan,” katanya.
Jelas Ahmad Aminuddin, kebakaran mengakibatkan dua buah rumah dan sebuah kedai musnah lebih 80 peratus.
Namun punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Kebakaran mengakibatkan dua buah rumah dan sebuah kedai musnah lebih 80 peratus.
Kebakaran mengakibatkan dua buah rumah dan sebuah kedai musnah lebih 80 peratus.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#duit hangus
#kedai terbakar
#modal berniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan