awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas

Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS

Bernama
Bernama
29/01/2026
02:30 MYT
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
Masri berkata, MBS juga mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang selepas pihaknya membatalkan pelantikan lima penganjur di bazar tersebut yang didapati gagal memenuhi syarat ditetapkan. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Pengoperasian Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang akan dilanjutkan bermula 9 malam sehingga 2 pagi, selepas mengambil kira rungutan peniaga mengenai tempoh operasi sebelum ini yang dihadkan sehingga 12 tengah malam.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin berkata, bagi Bazar Ramadan Senawang, waktu operasi pula ditetapkan bermula 4 petang sehingga waktu berbuka puasa.
"Saya berharap lanjutan masa operasi perniagaan ini dapat memberi kelegaan kepada semua peniaga dan pengunjung di bazar tersebut demi kesejahteraan bersama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyarankan MBS mengkaji semula waktu operasi Bazar Aidilfitri Dataran Senawang yang bermula 6 petang sehingga 12 tengah malam, bagi memastikan keselesaan semua pihak serta memberi ruang kepada orang ramai menunaikan ibadah sepanjang Ramadan.
Kehadiran pengunjung ke bazar di Dataran Senawang bukan sahaja melibatkan penduduk setempat, malah turut menarik pengunjung dari daerah lain termasuk dari negeri jiran.
Dalam pada itu, Masri berkata, MBS juga mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang selepas pihaknya membatalkan pelantikan lima penganjur di bazar tersebut yang didapati gagal memenuhi syarat ditetapkan.
"Pelantikan lima penganjur yang sebelum ini menguruskan Bazar Senawang dibatalkan kerana mereka gagal mematuhi syarat yang ditetapkan serta dilihat cuba menekan peniaga dengan mengenakan syarat melampau.
"Selepas ini, Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang akan diuruskan sepenuhnya oleh MBS bagi memudahkan semua pihak, terutamanya para peniaga, untuk terus berurusan tanpa melalui penganjur," katanya.
Masri turut berkata, mana-mana penganjur yang telah mengambil bayaran daripada peniaga sebelum ini diharap memulangkan semula wang berkenaan sepenuhnya tanpa sebarang potongan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai ketidakpuasan hati peniaga terhadap beberapa syarat yang dikenakan penganjur, termasuk caj denda sehingga RM350 sejam sekiranya berniaga melebihi tempoh ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bazar aidilfitri
#Dataran Senawang
#mbs
#Masri Baharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.