awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duka adik tatap jenazah mangsa lemas

Bernama
Bernama
20/02/2018
20:59 MYT
Duka adik tatap jenazah mangsa lemas
Anggota polis membawa mayat Jeleha untuk proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh 20 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
Hasrat seorang adik untuk menyerahkan pakaian terpakai kepada kakaknya tidak kesampaian apabila dia hanya mampu menatap jenazah kakaknya semalam.
Yati Hashim, 44, adik Jeleha Hashim yang maut dalam tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh, berkata kali terakhir dia bertemu kakaknya ialah tahun lalu di rumah ibu bapa mereka di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.
"Waktu itu arwah ada meminta saya mengumpul pakaian terpakai kerana arwah ada membuat perniagaan bundle. Saya telah siapkan beberapa bungkus pakaian tersebut, tetapi arwah masih belum sempat mengambilnya," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Sungai Buloh.
Jeleha, 48 merupakan mangsa keempat yang ditemui daripada lima mangsa yang lemas dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Isnin.
Yati berkata selain berniaga pakaian terpakai arwah juga menjual kuih-muih, ikan pekasam dan barangan lain di tempat tinggalnya di Damansara dan beberapa kawasan lain.
"Jika ada kelapangan dia dan suami akan memancing ikan untuk dijadikan ikan pekasam sebelum dijual atau dibuat lauk," katanya, menambah kakaknya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik itu seorang yang rajin bekerja demi mencari rezeki buat keluarganya.
Seorang lagi adik mangsa, Jamilah Hashim, 46, berkata kali terakhir bertemu arwah ialah ketika mereka berniaga bersama-sama di sebuah karnival di Damansara pada 11 Feb lalu.
Jamilah berkata kakaknya seorang yang amat rapat dengan kesemua adik-beradik dan mengambil berat akan orang tuanya.
"Kami mempunyai enam beradik perempuan dan seorang adik lelaki. Kami memang amat rapat dan kehilangan ini amat pedih bagi kami sekeluarga," katanya.
Jeleha dan empat yang lain ditemui lemas setelah dihanyutkan arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh.
Allahyarham meninggalkan suami Syamsul Azhar Maula Ismail, 33, dan tiga anak berusia 21, 19 dan 15 tahun.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#lemas
#mangsa
#maut
#Sungai Gasi
#tragedi kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan