Selepas menderita penyakit kronik sejak lima tahun lalu, badak sumbu Sumatera terakhir, Iman dilaporkan mati pada jam 5.35 petang hari ini.
Berita kematian itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan medianya.
Beliau berkata, Iman sebelum ini disahkan menderita akibat masalah ketumbuhan pada uterus badak sumbu berkenaan yang dikesan sejak bulan Mac 2014.
"Meskipun mengetahui (kematian) ini akan terjadi dengan cepat atau lambat, kita amat sedih dengan berita pemergiannya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan Iman sebelum ini.
BACA: Badak sumbu Sumatera terakhir Malaysia makin tenat
Ia termasuklah menyediakan jagaan terbaik di Borneo Rhino Sanctuary, Lahad Datu, sebelum badak sumbu itu dilaporkan menderita penyakit kanser di bahagian uterus.
Untuk rekod, badak betina itu merupakan satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati pada 27 Mei lalu, akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.
Sementara itu, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, pihaknya sudah menjangkakan kematian Iman memandangkan badak tersebut dikesan kesakitannya akibat kanser yang semakin merebak sejak kebelakangan ini.
"Ia dikesan menderita kerana kesakitan apabila kanser tersebut merebak ke bahagian pundi kencingnya.
"Pihak vertinari telah mencadangkan semalam supaya menggunakan morfin untuk mengurangkan kesakitannya apabila ubat penahan sakit dilihat tidak berkesan lagi," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Nov 23 2019

Iman sebelum ini disahkan menderita akibat masalah ketumbuhan pada uterus badak sumbu berkenaan yang dikesan sejak bulan Mac 2014. - Jabatan Hidupan Liar Sabah

Bantuan pasca banjir | Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) menggerakkan usaha Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa 1 ke Johor bagi membantu mereka yang terjejas di beberapa daerah di negeri itu.

Banjir | Kos RM285 juta baik pulih infrastruktur Sabah
Kos sekitar RM285 juta bagi proses baik pulih infrastruktur di Sabah akibat banjir di negeri itu menurut Ketua Menterina, Datuk Seri Hajiji Noor.

COVID-19 | Penerapan digitalisasi dalam perkhidmatan awam
Pandemik COVID-19 memaksa kerajaan untuk meneliti semula pengoperasian dan penyampaian yang memerlukan bantuan dapat dilaksanakan dengan segera dan lebih efisien.

Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.

60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

PPK seluruh negara diseru contohi PPK Kuala Langat jana pendapatan petani - Kiandee
Jana keuntungan melalui pemasaran hasil pertanian tanpa penglibatan orang tengah.

Uruskan kemalangan jalan raya dengan cara yang betul - Peguam
Nasihat pakar perundangan - jangan panik, sebaliknya segera buat laporan polis.

Amaran Penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?
Bagi mengulas mengenai isu itu, bersedia secara Skype Pengasas Digital Ihsan yang juga Pakar Keselamatan Siber, Aaron Mokhtar bagi perincian dan pendapatnya.

TERKINI: Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat

Op Selat: Pegawai Imigresen nafi terima suapan lebih RM800,000
Tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus semua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim.

Masih tidak peduli? Ucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan ini
Adakah spesies-spesies ini juga akan menjadi mangsa seterusnya?

KATS akan percepat MoU dengan Indonesia bagi kembalikan badak sumbu Sumatera
MoU itu akan membolehkan baka daripada Iman disenyawakan menggunakan spesies serupa dari negara jiran itu.

Kita perlu belajar daripada kehilangan Iman - MNS
Ini penting untuk dijadikan teladan bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang terhadap haiwan terancam lain yang sekali gus boleh mengganggu keseimbangan ekosistem.

Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.

Ayuh Malaysia! Selamatkan khazanah negara - PDRM
Malaysia kehilangan satu-satunya badak sumbu Sumatera selepas Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang Sabtu.

Masihkah ada peluang untuk Malaysia 'tebus' kepupusan badak sumbu Sumatera?
Tiada lagi badak sumbu Sumatera bernama Iman, bermakna Malaysia tiada lagi spesies seumpamanya.

Dukacita diumumkan... Iman, si badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, sudah tiada!
Berita kematian itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan medianya.

Badak sumbu Sumatera terakhir Malaysia makin tenat
Badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia yang dikenali sebagai Iman kini berada dalam keadaan kritikal berikutan keadaan kanser yang dihidapi badak betina itu.

Malaysia, Indonesia jalin kerjasama selamatkan baka badak sumbu Sumatera
Kerjasama itu dijangka dapat dilakukan menjelang hujung tahun ini demi menyelamatkan baka badak sumbu berkenaan daripada terus mengalami kepupusan.

Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
Kematian badak sumbu Sumatera itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne kepada Astro Awani.