Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini memilih Datuk Lim Pay Hen untuk dilantik sebagai Senator.
Pemilihan Lim untuk menjadi anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun itu dicadang Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Md Jais Sarday.
Lim, 60, yang merupakan anak jati Jementah, Segamat banyak memainkan peranan aktif dalam kalangan masyarakat khususnya melibatkan kaum Cina.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 2009 dan 2015 dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Tangkak selama 10 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang Lim dalam MCA adalah Pengerusi MCA Bahagian Pagoh, Setiausaha MCA Bahagian Pagoh dan Ledang, Setiausaha MCA Johor serta Exco Pemuda MCA kebangsaan.
Sebelum aktif dalam politik, Lim berkhidmat sebagai guru antara 1979 dan 1993 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Sun di Pagoh, SJKC Lian Hwa di Ledang serta Sekolah Menengah Alauddin Riayat Shah, Pagoh.
Selepas meninggalkan kerjaya perguruan, Lim menceburi sektor swasta sebagai Pengarah di Syarikat Commercial Plastic Industries Sdn Bhd dan Pengarah Forest Fine Foods (M) Sdn Bhd sejak 2015. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 04 2017
Lim, 60, yang merupakan anak jati Jementah, Segamat banyak memainkan peranan aktif dalam kalangan masyarakat khususnya melibatkan kaum Cina. - Facebook/MCA Bahagian Pagoh
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
DUN Johor pilih Lim Pay Hen untuk dilantik senator
Pemilihan Lim untuk menjadi anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun itu dicadang Menteri Besar Johor.
Menteri, ADUN Sarawak terima kenaikan gaji
Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda.