KOTA BHARU:Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Ia selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, dengan sebulat suara meluluskan rang undang-undang untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri 1980.
Enakmen (Saraan) Anggota Anggota Pentadbiran dan Ahli Ahli Dewan Negeri 1980 (pindaan 2020) dalam empat fasa itu turut membabitkan penyelarasan dan kenaikan saraan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Speakerd dan Timbalan Speaker.
Pembentangan dibuat oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong oleh Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau juga ada menyebut penyelarasan itu bermula Januari tahun ini.
Ini bermakna, Ahli Mesyuarat Kerajaan dan Adun bakal memperolehi kenaikan gaji sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan (exco) Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta kenaikan gaji sebagai ADUN dengan dibayar bermula Januari hingga Oktober ini.
Difahamkan ADUN dan Exco kerajaan negeri Kelantan bakal menerima kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Mohd Amar menjelaskan, pindaan ini dikemukakan berikutan faktor masa kini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli Dewan Negeri.
Katanya, Rang Undang-undang ini juga sebagai satu penyelarasan elaun antara anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli Dewan Negeri dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Tambahnya, tugas anggota pentadbiran dan ahli-ahli Dewan Negeri bertambah berat terutamanya dalam negara yang berhadapan dengan suasana pandemik COVID-19.
Sementara itu, kerajaan negeri turut bersetuju memberi bantuan kewangan khas kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob semasa membuat penggulungan pada Persidangan DUN Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Menurutnya, kakitangan awam seramai 6,854 akan menerima RM600 manakala lantikan politik pula sebanyak RM300 melibatkan penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru Al-Quran dan fardu ain, guru pondok dan sebagainya.
Muhafandi Muhamad
Mon Nov 09 2020

Pembentangan dibuat oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong oleh Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. - Gambar fail

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PdPR: Guna peruntukan tabung SKMM untuk pakej komputer, internet
Peruntukan dari tabung Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik COVID-19, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
Sebanyak 3,680 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 191,114 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat enam kes import yang dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan kes tempatan.

Orang Asli | JAKOA rangka pelan jangka panjang PdPR
Rancangan jangka panjang melibatkat PdPR perlu untuk memastikan murid Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna seiring dengan norma baharu.

Golongan B40 | Bantuan komputer riba dipercepatkan ke Februari
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat GLC dan GLIC dipercepatkan kepada bulan depan.

PKPD di Penjara Marang dan Pusat Koreksional Dungun esok
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Transit Tahanan (PTP) melibatkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara, Zon 2 dan Zon 3 Penjara Marang dan di Pusat Koreksional Dungun serta kuarters kakitangan bermula 28 Januari 2021 sehingga 10 Februari 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM
Kesemua 17 kluster baharu itu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Data dan informasi terkini kes harian COVID-19 di Malaysia
![AWANI Sarawak [27/01/2021] - COVID-19 masih belum terkawal | Tindakan tegas menanti AWANI Sarawak [27/01/2021] - COVID-19 masih belum terkawal | Tindakan tegas menanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887428/36399315241611747163617_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [27/01/2021] - COVID-19 masih belum terkawal | Tindakan tegas menanti
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - PKP di Sibu, PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan. - Ejen-ejen bawa masuk PATI diburu. - Hanya wakil syarikat perlu hadir ke balai polis. #HapusCOVID19 #NormaBaharu

DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.