KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Ombudsman Sarawak 2023, yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah tadbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.
Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu diluluskan sebulat suara.
Dalam ucapan penggulungan persidangan DUN di sini hari ini, beliau berkata laporan aktiviti ombudsman dan siasatan akan disiarkan sepenuhnya di DUN termasuk sebarang penemuan, syor dan pendapat ombudsman.
"Satu Jawatankuasa Pilihan Khas boleh dilantik atas usul yang dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat untuk menimbangkan sebarang perkara yang berbangkit daripada laporan itu. Tidak seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), laporan yang dibuat oleh Ombudsman mempunyai kuasa undang-undang," katanya.
Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri juga tidak ketinggalan, turut tertakluk kepada siasatan serta penelitian Ombudsman.
"Mengenai hak untuk berdiam diri dan kuasa bagi membuat penahanan... prosedur-prosedur itu adalah bagi menyiasat kesalahan di bawah rang undang-undang, ia bukan siasatan aduan," katanya sambil menambah 22 ADUN telah menyertai perbahasan berkenaannya.
Rang Undang-undang Ombudsman itu bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam agensi-agensi kerajaan, justeru memastikan wujudnya elemen semak dan imbang di samping membolehkan kerajaan menambah baik sistem dan prosedur penyampaian awamnya.
Semasa membentangkan rang undang-undang berkenaan Awang Tengah berkata rangka kerja undang-undang itu diperlukan bagi Ombudsman Sarawak melaksanakan tugas dan kuasa mereka dengan cekap dalam menyelia agensi perkhidmatan awam negeri, yang merangkumi perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri, dan GLC.
"Tujuan rang undang-undang ini adalah untuk memberi Ombudsman, antara lain, kuasa untuk menerima, menyiasat, dan menyelesaikan aduan termasuk menolak sebarang aduan yang tidak berasas dan remeh serta mengesyorkan tindakan pembetulan atau pencegahan yang perlu diambil oleh agensi perkhidmatan awam negeri," katanya.
Menurutnya rang undang-undang itu telah mencadangkan kesalahan seperti sengaja memberi maklumat palsu, gagal hadir sebaik menerima notis dan dengan sengaja menghalang, atau menentang ombudsman, atau mana-mana orang dalam melaksanakan kuasa mereka.
"Hukuman yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan ialah denda antara RM10,000 hingga RM50,000 dan penjara enam bulan hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Selain itu, beliau berkata ombudsman akan diketuai oleh seorang Ketua Ombudsman dan seorang Timbalan Ketua Ombudsman, bersama tiga hingga lima anggota Ombudsman lain yang memiliki kepakaran atau pengalaman berkaitan untuk memastikan keberkesanannya.
"Pelantikan ombudsman ini akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh maksimum tiga tahun, dengan kemungkinan dilantik semula.
"Pejabat Ombudsman Sarawak akan diuruskan oleh seorang Ketua Pentadbir, yang dilantik oleh menteri daripada kalangan anggota perkhidmatan awam negeri dan beliau akan dibantu oleh sejumlah pegawai," tambahnya.
Beliau berkata bahawa kakitangan ombudsman dan orang lain yang bertindak bagi pihak mereka adalah terlindung daripada prosiding sivil dan jenayah dalam melaksanakan tugas rasmi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu diluluskan sebulat suara. - Gambar fail/Astro AWANI

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
The Future Is Female: Women in Science - Women Making Waves in Scientific Discovery
For 25 years, the L’Oréal Foundation and UNESCO have been working together to empower and promote women in science through the ‘For Women in Science’ programme. Malaysia has been part of the programme for the last 18 years, during which over RM1.5 million in research grants have been awarded to more than 51 women scientists in recognition of their achievement in science. On this episode of #TheFutureIs Female Melisa Idris speaks to this year’s Malaysian beneficiaries: Dr Acga Cheng from UM, Dr Che Azurahanim Che Abdullah from UPM, and Dr Elena Azizan from UKM.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

DUN lulus Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak 2023
DUN Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Ombudsman Sarawak 2023, yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah tadbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.

Organisasi sektor awam perlu perkasa perkhidmatan dari semasa ke semasa - PM
Sokongan itu perlu bagi memastikan negara dan rakyat dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran yang berterusan.

Perkhidmatan awam ejen kelangsungan gagasan MADANI
Perkhidmatan awam memainkan peranan penting sebagai ejen utama kelangsungan gagasan MADANI dalam pembinaan negara bangsa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kerajaan setuju cuti tanpa rekod perayaan Deepavali dibawa ke Selasa 14 Nov
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262 di Istana Negara.

Sabah laksana lima strategi pengukuhan integriti perkhidmatan awam - Hajiji
Sabah melaksanakan lima strategi pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap.

Ombudsman Malaysia 'milestone' tambah baik perkhidmatan awam - KSN
Inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan satu milestone penting bagi negara dalam usaha menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Agong berkenan sertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur hari ini.

Kajian SSPA turut fokus usaha tingkatkan produktiviti penjawat awam
Kajian SSPA itu, tidak hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun bagi di sektor awam.

Govtech Malaysia perhebatkan revolusi digital negara
GovTech Malaysia diwujudkan bagi memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan dalam kualiti data awam, inovasi awam serta perkhidmatan awam secara lebih holistik.