IPOH: Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata sebanyak 372,825 tan matrik daging dan 2.083 billion telur telah dibekalkan kepada keperluan rakyat di Perak sepanjang tahun lalu.
“Bagi menjamin pengeluaran komoditi daging dan telur, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjalankan aktiviti kawalan penyakit ternakan melalui program survelen atau pengawasan penyakit haiwan kebangsaan bagi memastikan rebakan wabak penyakit sentiasa terkawal.
“Selain dari itu, penguatkuasaan undang-undang juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan industri peternakan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M Thulsi Thivani (PH-Buntong) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohd Zolkafly (BN-Lintang) berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada Jabatan Pertanian Perak bagi pembangunan sistem internet pelbagai benda (IoT) fertigasi bagi tanaman cili dan ‘rock melon’ atau tembikai wangi.
Menurutnya, di bawah inisiatif memperkasakan amalan pertanian dan penanaman secara moden dalam meningkatkan keterjaminan makanan, pelaksanaan program tersebut melibatkan enam projek rintis di enam daerah terpilih.
Daerah berkenaan adalah Kinta, Kampar, Larut Matang dan Selama, Muallim, Hilir Perak dan Hulu Perak.
Amirrul Rabbani
Mon May 22 2023
Sebanyak 372,825 tan matrik daging dan 2.083 billion telur telah dibekalkan kepada keperluan rakyat di Perak sepanjang tahun lalu. - Gambar hiasan/ Bernama
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan
Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan
Anak perempuan pegawai PPD hilang selepas keluar buang sampah
Anak perempuan seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Pahang dilaporkan hilang sejak Ahad, selepas membuang sampah di hadapan rumahnya di Taman Temerloh Jaya, Temerloh.
Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
MPPD sita khemah di Pantai Telok Kemang Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Negara teluk dilarang benar ruang udara digunakan - Iran
Tehran telah memaklumkan kepada negara-negara Teluk bahawa mereka tidak boleh membenarkan ruang udara digunakan untuk serangan terhadap Iran.
Menurut seorang pegawai kanan Iran pada Selasa, sebarang tindakan sedemikian akan menerima tindak balas dari Iran.
Menurut seorang pegawai kanan Iran pada Selasa, sebarang tindakan sedemikian akan menerima tindak balas dari Iran.
Akses Maybank tergendala pada 12 dan 13 Oktober
Kesemua perkhidmatan terlibat akan tergendala sementara waktu dan orang ramai disaran untuk membuat transaksi lebih awal.
Dr Zaliha bincang kerjasama sebagai bandar raya berkembar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Hangzhou, China, Yao Gaoyuan bagi memperkukuhkan kerjasama Kuala Lumpur dan Hangzhou sebagai bandar raya berkembar.
Perlu cari kesimbangan antara teknologi dan modal insan - Mehdi Hasan
Pengawalseliaan yang tepat dan pengawasan yang bertanggungjawab adalah kunci untuk memastikan teknologi terus membawa manfaat tanpa menjejaskan kesejahteraan masyarakat
Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani
Saarani berkata adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu meneroka tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.
Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.
Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.
Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.