IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2023 yang bertujuan memansuhkan Akta Air 1920 serta mengadakan peruntukan baharu pengurusan bersepadu penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri itu.
Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memaklumkan RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Sebanyak 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian dalam perbahasan itu terdiri daripada 11 ADUN kerajaan dan 11 mewakili pembangkang.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menggulung RUU itu berkata ia akan merealisasikan penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak yang berstruktur, dilengkapi punca kuasa enakmen, peraturan dan mempunyai tenaga kerja berkepakaran khusus untuk menguruskan sumber air bagi pihak kerajaan negeri.
"RUU ini akan memastikan kawal selia pengurusan sumber air negeri diperkemas melalui mekanisme pelesenan dan penguatkuasaan, dengan memberi penekanan khusus kepada kawalan pencemaran dan perlindungan sumber air, bagi menjamin kelestarian sumber air negeri Perak untuk rakyat Perak," katanya pada persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Mohammad Nizar menegaskan perincian mengenai caj, fi dan kadar lesen akan diperhalusi melalui sesi libat urus komprehensif yang akan dijalankan bersama para pihak berkepentingan dan pemain industri yang menggunakan sumber air.
Beliau berkata kadar pengenaan caj yang munasabah seterusnya akan dicadangkan untuk pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa negeri sebelum ia diwartakan.
Selain itu, beliau menerangkan kutipan hasil daripada RUU itu dapat dikembalikan kepada rakyat menerusi dua akaun lembaga iaitu Kumpulan Wang Disatukan Lembaga yang membolehkan pihak berkuasa negeri menggunakan peruntukan itu untuk manfaat rakyat, serta Kumpulan Wang Pembangunan Air yang bertujuan baik pulih dan penambahbaikan kualiti sumber air.
"Natijahnya, rakyat Perak akan dapat menikmati sumber air yang bersih serta terjamin dari segi kualiti dan kuantitinya. RUU ini mendukung aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah prinsip Kelestarian Penggunaan Sumber dan Alam Semula Jadi menerusi pengurusan sumber air negeri yang cekap," katanya.
Berkenaan hukuman kepada pelaku jenayah pencemaran sumber air, beliau berkata subfasal 44 (8) RUU itu menetapkan hukuman tinggi bagi kesalahan terbabit dengan pelaku jenayah boleh didenda minimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun.
Perak menjadi negeri keempat yang meluluskan enakmen berkaitan pengurusan sumber air selepas Selangor pada 1999 dan menubuhkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kedah pada 2008 (Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK)) serta Terengganu pada 2020 (Lembaga Sumber Air Terengganu).
Mohammad Nizar berkata RUU itu akan menjawab teguran Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 Negeri Perak berhubung keperluan kerajaan negeri menubuhkan satu badan kawal selia air yang akan mempunyai kuasa mengendalikan pelesenan, penguatkuasaan, mengkoordinasi aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan sumber air.
Persidangan bersambung pada tarikh ditentukan kemudian.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria pada sidang media berkata pihaknya menyatakan pendirian untuk menangguhkan RUU itu kerana keanggotaan ahli lembaga pengarah yang dilihat terlalu terbuka dan tidak dipengerusikan menteri besar boleh menyebabkan berlakunya manipulasi sumber air.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media berasingan pula berkata kerajaan negeri berpandangan cadangan pembangkang untuk menangguhkan sekali lagi RUU itu sepatutnya tidak berbangkit memandangkan segala isu diutarakan sebelum ini sudah diperhalusi dan ditambah baik melalui pindaan dilakukan.
"Dalam hubungan ini, kerajaan negeri mengambil ketetapan bahawa RUU ini perlu diluluskan memandangkan ketiadaan badan khusus pengurusan air ini menyebabkan kawal selia terhadap penggunaan sumber air negeri tidak dapat dioptimumkan khususnya dari aspek perlesenan dan penguatkuasaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Perak menjadi negeri keempat yang meluluskan enakmen berkaitan pengurusan sumber air.- Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani
Saarani berkata adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu meneroka tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.
Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.
Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.
Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.