awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Pulau Pinang lulus usul tergempar kutuk kezaliman terhadap Rohingya

Bernama
Bernama
25/11/2016
05:42 MYT
DUN Pulau Pinang lulus usul tergempar kutuk kezaliman terhadap Rohingya
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang malam Khamis sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kezaliman rejim tentera Myanmar terhadap golongan minoriti Islam Rohingya di negara itu. -Gambar fail
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang malam Khamis sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kezaliman rejim tentera Myanmar terhadap golongan minoriti Islam Rohingya di negara itu.
Usul yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon itu telah mendapat sokongan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy.
Dalam usul tersebut, Rashid berkata masyarakat Rohingya dibunuh tanpa belas kasihan dan lebih 3,500 buah rumah penduduk itu dibakar di beberapa lokasi di wilayah negara itu.
Beliau turut menggesa kerajaan pusat supaya bertindak segera bagi menghentikan tragedi yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.
"Wanita dan kanak-kanak dibunuh dan dirogol. Tindakan tidak berperikemanusiaan dan zalim ini, kami mengutuk atas nama kemanusiaan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#P. Ramasamy
#pulau pinang
#Rashid Hasnon
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan