awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sabah luluskan Belanjawan 2023

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2022
07:27 MYT
DUN Sabah luluskan Belanjawan 2023
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) itu diluluskan dengan suara terbanyak.
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion, setelah dibahas bermula Isnin lalu.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) itu diluluskan dengan suara terbanyak.
Pada Jumaat lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan Sabah membentangkan Belanjawan 2023 dengan anggaran hasil RM5.268 bilion menjadikan ia belanjawan lebihan berjumlah RM130.47 juta.
Pada sesi penggulungan perbahasan belanjawan itu hari ini, Hajiji berkata kerajaan Sabah tidak akan berganjak dengan tuntutan hak 40 peratus daripada hasil bersih kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
"Saya menegaskan pendirian kerajaan negeri ini dalam Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963, saya berharap perkara ini tidak lagi diputarbelitkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat," katanya.
Menurutnya sejak 1969, kerajaan negeri menerima amaun pemberian khas yang statik tanpa sebarang peningkatan iaitu RM26.7 juta setahun. Namun susulan beberapa perbincangan dengan kerajaan Persekutuan, amaun itu telah berjaya ditingkatkan pada April lalu.
"Saya amat sedar dan tahu bahawa peningkatan pembayaran kepada RM125.6 juta yang telah kita terima pada tahun ini adalah jauh lebih rendah berbanding apa yang sepatutnya diterima kerajaan negeri berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963," katanya.
Beliau turut menegaskan adalah hak kerajaan negeri untuk bergantung kepada formula asal pemberian itu seperti dinyatakan Perlembagaan Persekutuan, serta mendapatkan sebarang bayaran tunggakan atas ketiadaan semakan semula pemberian khas itu semenjak 1973.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM4.2 bilion perbelanjaan pembangunan untuk Sabah diperuntukkan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 untuk tempoh lima tahun rancangan itu antara 2021 hingga 2025.
Topic Berkaitan
#Belanjawan Sabah 2023
#DUN Sabah
#Hajiji Noor
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan