awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
23/05/2022
03:30 MYT
DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022
Annuar berkata, daripada jumlah itu 245 sekolah telah berada pada peringkat pelaksanaan dan perancangan merangkumi proses dokumentasi tender.
KUCHING: 455 buah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif dan berada dalam kategori kritikal sehingga April 2022, dedah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.
Timbalan Menterinya, Dr Annuar Rapa'ee berkata, daripada jumlah itu 245 sekolah telah berada pada peringkat pelaksanaan dan perancangan merangkumi proses dokumentasi tender.
Menurutnya, ia termasuk 10 buah sekolah daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum.
“Di Murum, lima buah sekolah di peringkat pelaksanaan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Gang yang telah siap tahun 2019, SK batu Keling dan SK Ulu Kakus di bawah skim pembayaran pendahuluan RM1 bilion dan SK Mentalun dalam proses pembinaan sementara SK Tegulang masih melalui fasa dokumentasi tender,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Kennedy Chukpai Ugon (GPS-Murum) yang ingin tahu mengenai jumlah sekolah daif di Sarawak dan daerah Murum yang dinaik taraf di bawah inisiatif kerajaan negeri dan Pusat pada sidang DUN Sarawak pada Isnin.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan jumlah peruntukan keseluruhan projek naik taraf sekolah daif di Murum dan skop kerja yang dilaksanakan, Annuar memberitahu empat buah sekolah rendah di Murum menelan perbelanjaan keseluruhan RM30.5 juta.
“SK Long Gang berjumlah RM3.3 juta sementara SK Ulu Kakus RM13.3 juta, SK Batu Keling lebih kurang RM5.9 juta, SK Mentalun RM8 juta sementara sebuah lagi iaitu SK Tegalung tidak dapat saya nyatakan sebab masih dalam proses dokumentasi tender, jumlah keseluruhan-empat sekolah ini adalah berjumlah RM30.5 juta untuk DUN Murum,” katanya.
Skop pembinaan setiap sekolah berkenaan jelasnya merangkumi antaranya pembinaan bilik darjah, rumah kediaman guru, dewan makan, asrama pelajar dan bangunan PRA Sekolah.
Topic Berkaitan
#Sekolah daif Sarawak
#DUN Sarawak
#Kementerian Pendidikan
#Sekolah pedalaman
#Sekolah daif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan