KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.
Timbalan Menterinya, Datuk Jerip Susil berkata tapak tersebut terletak di daerah Meluan yang sudah diluluskan kerajaan negeri sebagai kawasan pembangunan bercampur.
“Tapak ini termasuk bangunan komersial, merangkumi terminal bas, 40 unit rumah kediaman, 60 unit premis kedai, pasar tamu dan sebuah stesen pengisian petrol.
“Sementara syarikat bas yang beroperasi untuk laluan Sibu-Kapit ialah Lanang Bus Company Sdn Bhd dengan dua perjalanan sehari dan Kapit Bas Express dengan empat perjalanan sehari, kedua-dua syarikat bas ini mengenakan harga tetap tambang bas iaitu RM22 satu arah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) mengenai lokasi pembinaan terminal perhentian bas awam di Kapit dan pengoperasian syarikat bas laluan ke Sibu dan Kapit di DUN Sarawak pada Khamis.
Menjawan soalan asal mengenai status rancangan pembinaan terminal perhentian bas ekspres awam di Kapit, Jerip menjelaskan perkhidmatan bas ekspres awam dari Sibu ke Kapit telah beroperasi mulai 1 Januari 2022 hasil perbincangan kerajaan negeri dan operator bas berkenaan.
“Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan terutamanya Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Kapit, Majlis Daerah Kapit, Jabatan Kerja Raya Bahagian Kapit dan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit telah berbincang dan mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pembinaan terminal bas di bandar Kapit
“Perbincangan lanjut di antara Majlis Daerah Kapit, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kapit akan diadakan sebelum pemohonan pertapakan bagi terminal bas ini dapat dikemukakan kepada Majlis Perancangan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan,” ujarnya lanjut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu May 19 2022

Jerip (gambar) berkata, tapak tersebut terletak di daerah Meluan yang sudah diluluskan kerajaan negeri sebagai kawasan pembangunan bercampur.

Ibadah Korban | JPV Terengganu sasar 8,000 haiwan ternakan disembelih
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JPV, Negeri Terengganu mensasarkan sebanyak 8,000 ekor haiwan ternakan bagi ibadah korban Hari Raya Aidiladha tahun ini. Pengarahnya Dr Anum Man berkata sejak 26 Jun sehingga selasa lalu JPV telah meluluskan hampir 3 ribu permit sembelih korban.

Tular cuba culik murid sekolah, penganggur dipenjara dua tahun.
Seorang penganggur yang cuba menculik seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian tular sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret Johor Bahru pada Khamis.

MA63 | Tidak perlu ada perjanjian baharu
Bagi Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berpendapat, tiada keperluan untuk membuat perjanjian baharu sebaliknya merealisasikan hak dan perkara yang dimeterai dalam MA63.

RoS | Keputusan mohon pindaan perlembagaan UMNO sebelum 16 Julai
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini. Perkara itu dimaklumkan oleh RoS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama hari ini.

MA63 | Beri kemajuan & peruntukan setara
Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak akan timbul sekiranya Sabah dan Sarawak menerima peruntukan dan kemajuan setara dengan negeri-negeri di Semenanjung. Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sehubungan itu, dua perkara tersebut perlu ditunaikan kerajaan pusat selari dengan semangat pembentukan Malaysia.

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air.

Banjir Baling: Mangsa reda tiada sambutan Hari Raya Aidiladha
Bukan hanya persiapan raya musnah, bahkan, ada juga rumah yang lenyap dibawa arus deras.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 6.0 peratus tahun 2022 - Uggah
Ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara 5.0 ke 6.0 peratus pada tahun 2022 susulan peningkatan 26.6 peratus atau RM100.26 bilion jumlah perdagangan negeri pada tahun 2021.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022
455 buah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif dan berada dalam kategori kritikal sehingga April 2022.

DUN Sarawak: RUU Perbekalan Tambahan 2022 diluluskan tanpa dibahas
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) tanpa dibahaskan selepas bacaan kali ketiga

DUN Sarawak: Lima tuntutan MA63 Sarawak masih dalam perbincangan
Sarawak akan terus menuntut lima baki perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada Kerajaan Persekutuan.

DUN Sarawak: Pengeluaran stok karbon dijangka jana pendapatan negeri RM315 juta setahun
Sarawak dijangka memperoleh sumber pendapatan baharu dianggarkan RM315 juta setahun, melalui pengeluaran stok karbon.

DUN Sarawak: RUU Hutan (Pindaan) 2022 perkasa ekonomi karbon di peringkat domestik dan global
Jumlah stok karbon sedia ada yang telah dikenalpasti, diukur dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah dilulus
Pindaan ini dapat menambah sumber pendapatan negeri sekali gus memberi manfaat di dalam pendekatan dasar mesra alam sekitar.

DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong
Usaha Kerajaan Sarawak untuk meminda definisi tanah di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat negeri itu.