awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak: Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
19/05/2022
02:45 MYT
DUN Sarawak: Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata usaha tersebut sedang bergerak secara kondusif di antara kerajaan persekutuan dan negeri melalui beberapa pindaan. - Astro AWANI
KUCHING: Sarawak akan terus membuat penilaian secara konsisten dan mengkaji keperluan untuk membuat sebarang pindaan kepada perlembagaan negeri itu dan ordinannya bagi memastikan kepentingan negeri dijaga.
Timbalan Menteri Undang-undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata usaha tersebut sedang bergerak secara kondusif di antara kerajaan persekutuan dan negeri melalui beberapa pindaan.
“Kerajaan Persekutuan telah membuat pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, yang telah berkuatkuasa mulai 11 Februari 2022.
“Pindaan ini telah mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat pada 1976, yang mana pindaan pada 1976 tersebut telah meletakkan negeri Sarawak sebagai salah satu negeri dengan negeri-negeri yang lain,” katanya.
Beliau menjawab soalan asal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohamad Chee Kadir adakah Kerajaan akan membuat lebih banyak pindaan kepada Perlembagaan Sarawak dan Ordinan-Ordinan agar ianya selari dengan status Sarawak sebagai satu willayah.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mohamad Chee yang ingin tahun berapa lamakah usaha mengenalpasti dan mendapatkan hak-hak Sarawak selaras dengan Perjanjian MA63 dan perlembagaan persekutuan, Hasidah tidak menetapkan satu tempoh khusus perkara itu akan diselesaikan.
Kerajaan negeri katanya menyasarkan untuk menyelesaikan semua tuntutan dalam tempoh yang secepat mungkin kerana terdapat tuntutan yang memerlukan pindaan kepada perlembagaan dan undang-undang yang semestinya mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
“Bukannya begitu mudah untuk kita pinda perlembagaan atau undang-undang, bagi tuntutan melibatkan isu pentadbiran tuntutan tersebut telah pun diselesaikan dalam tempoh yang singkat, kita akan terus meningkatkan usaha untuk terus mengembalikan hak-hak dan tuntutan ini walaupun akan mengambil masa yang lama,” katanya.
Sementara ADUN Samariang itu turut menegaskan, antara perkara pokok untuk memastikan kedudukan Sarawak dijamin dan terpelihara diperingkat persekutuan ialah dengan menggesa kerajaan menambah bilangan keahlian wakil rakyat daripada Sarawak di Dewan Rakyat.
“Pindaan perlembagaan persekutuan yang berkuatkuasa pada 11 februari 2022 telah mengiktiraf hak Sarawak sebagai wilayah di Malaysia, maka kerajaan Sarawak menyedari kepentingan ini untuk menyeimbangkan perwakilan Sarawak di dalam Parlimen.
“Dengan mengambil kira kedudukan semasa pembentukan negara Malaysia, perkara ini telah dikemukakan kepada kerajaan persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” ujarnya lanjut.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan
#kepentingan Sarawak
#MA63
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan