awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025

Bernama
Bernama
20/05/2025
13:01 MYT
DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
Awang Tengah berkata RUU itu turut memperluas peruntukan yang sama kepada agama lain yang mempunyai konsep serupa. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini antara lain bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata menerusi pengenalan Seksyen 171A, individu dan Majlis Islam Sarawak akan diberi kuasa untuk mengemukakan permohonan bagi pendaftaran tanah terbabit.
Beliau berkata RUU itu turut memperluas peruntukan yang sama kepada agama lain yang mempunyai konsep serupa.
"Hal ini menunjukkan satu perkembangan yang inklusif dan progresif, mencerminkan komitmen Sarawak untuk memelihara kepelbagaian agama dalam masyarakatnya yang berbilang kaum," katanya ketika membentangkan RUU itu pada persidangan berkenaan di sini hari ini.
Awang Tengah berkata sebagai usaha mempertingkat keupayaan penguatkuasaan negeri, Seksyen 209 telah dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap kesalahan menceroboh, mengusahakan atau membersihkan tanah negeri tanpa kebenaran.
Beliau berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu kini boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara hingga lima tahun.
"Seksyen 230 turut dipinda bagi meningkatkan hukuman terhadap kesalahan membahagikan dan membangunkan tanah tanpa kelulusan sewajarnya, dengan denda maksimum RM3 juta dan denda harian tambahan sebanyak RM5,000 bagi kesalahan berulang," katanya.
DUN Sarawak telah sebulat suara meluluskan RUU itu hari ini selepas dibahaskan oleh 16 Ahli Dewan Undangan Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaftaran tanah
#berbilang kaum
#hukuman lebih berat
#denda maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan