awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian di pasaran tempatan bebas bahan berbahaya - KKM

Bernama
Bernama
02/06/2015
07:36 MYT
Durian di pasaran tempatan bebas bahan berbahaya - KKM
DR NOOR HISHAM: Durian di pasaran tempatan bebas bahan yang membahayakan kesihatan. -Gambar fail
Buah durian di pasaran tempatan, termasuk yang diimport, tidak mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan sumber makanan di pasaran adalah selamat.
Katanya jika pengguna berasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran tempatan, mereka boleh memaklumkannya kepada Kementerian Kesihatan.
"Maklumat boleh disalurkan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang tersebar mengenai durian yang dicelup dengan bahan kimia beracun bagi memanjangkan jangka hayat serta kesegaran buah berkenaan sebelum dijual di pasaran.
Menjelas lanjut mengenai isu itu, Dr Noor Hisham berkata menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.
Sesiapa yang disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham
#durian
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan